INFO KUALITI BIL. 5/2023

SELAMAT MAJU JAYA KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) UPSI

Sukacita dimaklumkan UPSI diwakili oleh dua (2) pasukan hebat daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dalam kategori Sektor Awam Persekutuan di Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 : Road To Beijing – ICQCC 2023 Siri 2 pada 20-21 Mac 2023 yang diadakan di Hotel Swiss-Garden, Kuala Lumpur.

Ayuh warga UPSI kita nyatakan sokongan seterusnya mendoakan kelancaran serta kejayaan buat kedua-dua pasukan. Bersama-sama ini disertakan jadual persembahan kumpulan yang melibatkan penyertaan daripada 42 pasukan KIK/ICC daripada Sektor Awam Negeri, Awam Persekutuan dan Swasta.