Soalan Lazim

SOALAN LAZIM UNTUK SISTEM KUALITI DAN PENANDA ARAS

Sila rujuk PPA bermula 01 Nov 2021.

SOALAN LAZIM BAGI UNIT JAMINAN KUALITI AKADEMIK DAN AKREDITASI

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Kelulusan – kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Y.B. Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan PPT mengendalikan sesuatu program pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum PPT dibenarkan mengendalikan program pengajian. Walau bagaimanapun, kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah diakredit oleh MQA atau telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Akreditasi – satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan.

 

Pengiktirafan – penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan.

Akreditasi penuh – satu perakuan rasmi kepada PPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Akreditasi sementara – fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.

Perakuan akreditasi MQA ke atas satu-satu program pengajian dan kelayakan adalah meliputi kohort pelajar yang bergraduat dalam tempoh sah laku akreditasi yang diberikan. Sekiranya pelajar bergraduat di luar tempoh tersebut, maka program pengajian dan kelayakan yang diperoleh tidak diperakukan akreditasi MQA.

Mulai tahun 2019, APPA diadakan di UPSI bagi menyahut saranan daripada pihak MQA dalam melaksanakan proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) terhadap program-program akademik peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah di UPSI.

Lanjutan soalan lazim dari laman web