PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika, dan mesra pelanggan kepada klien kami seperti berikut:

 

  1. Perkhidmatan kaunter untuk semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  2. Melaksanakan Audit Kualiti sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
  3. Memastikan 85% PTj mengambil tindakan berdasarkan laporan penemuan Audit Kualiti dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Penutup Audit.
  4. Melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Kualiti sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
  5. Menyediakan khidmat bimbingan dan latihan berkaitan kualiti kepada kakitangan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.
  6. Memastikan 100% PTj mengambil bahagian dalam pengisian Tinjauan Kepuasan Staf UPSI (U3S).
  7. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.