INFO KUALITI BIL. 12/2023

TAHNIAH PASUKAN KIK UPSI, KUMPULAN DREAM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan DREAM yang mewakili pasukan KIK UPSI di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2023, Beijing China kali ke-48 dengan penyertaan secara dalam talian dan telah menerima Anugerah Emas. ICQCC ini berlangsung pada 30 Oktober 2023 hingga 2 November 2023 dan dijalankan secara hibrid.

Untuk makluman, sebanyak 587 pasukan ICC daripada 15 buah Negara telah bertanding dalam ICQCC 2023 yang mana Malaysia diwakili oleh 57 Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Antara pasukan-pasukan yang terlibat adalah daripada Malaysia, India, Thailand, China, Zambia, Korea, Singapura, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Mauritius, Filipina.

Tahniah dan syabas diucapkan.