INFO KUALITI BIL.10/2023: AUDIT PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015 TAHUN 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan pada 14 hingga 17 November 2023 (Selasa hingga Jumaat) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Dalam tempoh berkenaan, sesi auditan akan diadakan secara BERSEMUKA.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) selaku urusetia memohon agar setiap SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB dapat membuat persediaan dan memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi menjayakan sesi auditan pada kali ini.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.