HEBAHAN: ROAD SHOW PRO FORMA FASA 2 (DIPLOMA) & PENGISIAN PF KURSUS E201

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang pihak Tuan/Puan sedia maklum bahawa pihak BPQ telah mengeluarkan Emel berkaitan Road Show Sistem Pro Forma Fasa 2 bagi Program Diploma bertarikh 10 Julai 2020.

Untuk makluman, Road Show Sistem Pro Forma Fasa 2 bagi Program Diploma telah diadakan sebanyak 6 kali melalui Penyelaras BPQ (Dr. Tho Siew Wei) dari 19 Jun – 9 Jul 2020. Semasa Road Show berkenaan, pihak BPQ telah memaklumkan tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian seperti berikut:

 
HoD – Settle OBERS & Assign Coor via PF System (Before/ On 1st July 2020)
Coor – Fill in Master Copy (REVIEW1) and get approval (Before/ On 1st August 2020)
Coor – Copy PF from REVIEW1, modify and get approval for E201 (Before/ On 3rd Week – 28 August 2020)

Dalam emel tersebut 6 dokumen telah dilampirkan bagi bahan edaran Road Show sebagai rujukan HoD dan Coor seperti berikut :

1) Slides Roadshow Sistem PF Fasa 2 (Diploma Master Copy dan E201)
2) Garis Panduan Sistem Pro Forma

3) FAQ Sistem PF
4) Panduan SLT (PPA) bagi Pelbagai Aktiviti PdP
5) PF system user-manual
6) Surat Makluman MQA Bil. 3 Tahun 2018 – Kaedah Pengajian & Penyampaian Program rujuk Konvensional – Sesi Soalan FSKIK & FMSP

Untuk makluman Tuan/Puan, Klinik PF Diploma akan diadakan setiap hari Jumaat mulai 24 Julai – 28 Ogos 2020 (sebanyak 6 Kali).

Kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.      
 
 
Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *