PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra pelanggan kepada pelanggan kami seperti berikut:

  1. Perkhidmatan kaunter untuk semua urusan akan diuruskan dalam tempoh lima (5) minit.
  2. Menjalankan Audit Kualiti sekurang-kurangnya sekali (1) setahun.
  3. Memastikan 85% Jabatan/Organisasi mengambil tindakan berdasarkan penemuan Audit Kualiti dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Penutupan Audit.
  4. Mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Kualiti sekurang-kurangnya sekali (1) setahun.
  5. Memberi bimbingan dan latihan berkaitan kualiti kepada kakitangan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.
  6. Memastikan 100% Jabatan/Pertubuhan menyertai Kajian Kepuasan Kakitangan UPSI (U3S).
  7. Maklum balas kepada pengadu hendaklah diberikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memaklumkan bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.