LATAR BELAKANG

  1. Penubuhan PPQ

    01 Oktober 2001

    Pengurusan Kualiti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula dengan penubuhan Pusat Penjaminan Kualiti (PPQ) pada 1 Oktober 2001. PPQ diletakkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik) dan seorang pengarah telah dilantik sebagai Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) berkenaan.

  2. Pensijilan MS ISO 9001:2000

    01 November 2003

    Bermula November 2003, PPQ telah mengorak langkah untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan UPSI.

  3. Penaiktarafan BPAQ

    01 Oktober 2008

    Berikutan kepentingan bahagian ini kepada UPSI ianya telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) pada 1 Oktober 2008.

  4. Penstrukturan Semula Kepada 5 Unit

    01 Mac 2015

    Pada 1 Mac 2015, BPAQ telah distruktur semula kepada lima unit iaitu: Unit Pengurusan Kualiti, Unit Penyelidikan Berfokus, Unit Pembangunan Profesional dan Bakat, Unit Pentadbiran dan Kewangan dan Unit Teknologi Maklumat. Unit Penyelidikan Berfokus telah dijenamakan semula kepada Unit Kurikulum dan Inovasi Akademik pada tahun 2015.

  5. Penstrukturan Semula Kepada 2 PTj

    16 Mei 2017

    Pada 16 Mei 2017 BPAQ telah distrukturkan semula kepada dua (2) PTj berfokus iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA). BPQ diletakkan di bawah portfolio Pendaftar dengan fungsi pengurusan kualiti akademik serta pembangunan organisasi manakala PPA kekal di bawah portfolio TNC (AA) dengan fungsi pembangunan akademik. Di awal penubuhannya, BPQ diketuai oleh seorang (1) Ketua Timbalan Pendaftar gred N54, seorang (1) Pegawai Tadbir gred N44, seorang (1) kakitangan pelaksana gred N29 dan dua (2) orang kakitangan pelaksana gred N19.

  6. Penyusunan jawatan

    02 Januari 2018

    Penyusunan jawatan berlaku lagi di BPQ pada 2 Januari 2018 dengan meletakkan seorang (1) Pengarah gred DS54, seorang (1) Timbalan Pendaftar gred N48, seorang (1) Pegawai Tadbir gred N44 dan dua (2) orang kakitangan pelaksana gred N19. Pertambahan fungsi baharu juga telah dibuat dengan memasukkan tugasan melibatkan Kualiti Akademik dan Pengurusan Pelanggan di samping pelaksanaan fungsi sedia ada iaitu Kualiti Bukan Akademik dan Pembangunan Organisasi. Dengan tambahan berkenaan, BPQ diletakkan semula di bawah portfolio TNC (AA).

  7. Kelulusan Jawatan Timbalan Pengarah & Penyelaras

    16 Julai 2018

    Untuk melaksanakan fungsi BPQ yang semakin meluas, maka pada 16 Julai 2018, pihak pengurusan tertinggi UPSI telah meluluskan jawatan Timbalan Pengarah dan Penyelaras menjadikan jumlah jawatan di BPQ seramai lapan (8) orang. Operasi di BPQ diperkemaskan dengan membentuk empat unit iaitu Unit Kualiti Akademik dan Akreditasi, Unit Audit dan Penandaarasan, Unit Kualiti Institusi dan Pembangunan Organisasi serta Unit Pentadbiran dan Kewangan.