SURVEILLANCE AUDIT MS ISO 9001:2015 UPSI OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang di atas.
 
2.     Adalah dimaklumkan bahawa Surveillance Audit MS ISO 9001:2015 UPSI akan diadakan pada 16 hingga 18 Disember 2019 (Isnin hingga Rabu) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
 
3.     Skop pensijilan bagi Surveillance Audit MS ISO 9001:2015 UPSI adalah seperti berikut:
 
       1. Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran; dan
       2. Penyelidikan Geran-Geran Kerajaan Malaysia sehingga Proses Penerbitan.
 
4.     Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) selaku urus setia memohon agar setiap Pusat Tanggunggjawab dapat membuat persediaan dan memastikan semua penemuan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 UPSI iaitu Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dan Laporan Peluang Untuk Penambahbaikan (OFI) (jika ada) dapat diambil tindakan segera.
 
Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Leave a Comment

Your email address will not be published.