HEBAHAN: KLINIK SISTEM PRO FORMA (PF) KURSUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Emel Pelaksanaan Penggunaan Sistem PF Kursus pada 17 Feb 2020 dan Road Show sistem PF Kursus  yang telah diadakan bermula pada 20 Januari 2020 sehingga 7 Januari 2020 serta perkara di atas adalah berkaitan.

Berdasarkan emel dan rentetan daripada road show berkenaan,  pihak BPQ akan mengadakan Klinik Sistem PF Kursus pada setiap hari Jumaat bermula dari 21 Februari 2020 hingga 27 Mac 2020 seperti butiran berikut:

Hari Operasi: Setiap Hari Jumaat
Masa            :  9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat        :  Bilik Perbincangan Q (BPQ), Aras 1, Blok A, KSAJS

Sehubungan dengan itu, pihak BPQ menjemput Tuan/Puan yang berkelapangan untuk datang ke klinik berkenaan. Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan Pro Forma Kursus bolehlah diutarakan pada hari klinik berkenaan diadakan. Pihak BPQ akan mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan Pro Forma kursus Tuan/Puan. Untuk makluman, pihak BPQ memohon kerjasama pihak fakulti/PTj melengkapkan maklumat semua perkara bagi kohort lama contohnya semakan 2014 dan kohort baru contohnya semakan 2019 di dalam sistem OBERS terlebih dahulu (Screen KJ/HOD). Cara pengendalian klinik ini adalah first come first serve basis. Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk datang ke Klinik yang dianjurkan oleh BPQ dan dimohon untuk membawa bersama komputer riba dan salinan PF Kursus soft copy dan hard copy sebagai rujukan untuk tujuan pengisian di dalam sistem.

Semasa menghadiri sesi klinik ini, mohon Tuan/Puan untuk mengisi maklumat pendaftaran kehadiran menggunakan link: https://forms.gle/9XgXgR9J8DqNzC827

Leave a Comment

Your email address will not be published.