Tahukah Anda, Apa itu Integriti?
Integriti ialah kejujuran dalam tindakan, ketelusan dalam keputusan, dan tanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan. Ia menjadi nadi kepada kualiti dan reputasi UPSI sebagai universiti pendidikan unggul.
Integriti di UPSI
UPSI secara konsisten berusaha untuk mengekalkan tahap integriti yang tertinggi di kalangan staf dan pelajar. Ini bukan sekadar mematuhi peraturan, tetapi mengamalkan budaya kejujuran dan tanggungjawab dalam semua aspek akademik dan pentadbiran.
Dari inisiatif pencegahan rasuah hingga sistem pengurusan etika yang teguh, kami memastikan persekitaran yang telus dan adil untuk semua warga universiti.