PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan Audit Kualiti Dalaman dan Audit SIRIM dilaksanakan sekali setahun.
- Memastikan Pusat Tanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan laporan penemuan audit dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Penutupan Audit Kualiti.
- Mengurus selia promosi atau kempen berkaitan aktiviti kualiti universiti sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Memastikan setiap Pusat Tanggungjawab mendapat akses kepada garis panduan dan maklumat berkaitan kualiti.
- Memastikan prosedur dan rekod kualiti Universiti sentiasa dikemaskini melalui semakan dokumen dan dibentangka pada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Kualiti sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Membantu menyediakan khidmat bimbingan dan latihan dalam bidang kualiti kepada kakitangan yang relevan sekurang-kurangnya tujuh (7) sesi latihan setahun.
- Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.